Tuesday, April 5, 2011

kehiLanGan kAsiH ibU

Tersebutlah kisah dihujung kampung yang diberi nama Desa Nan Malu. Disanalah tinggalnya sekumpulan ayam-ayam  yang hidup aman dan damai.
Anak-anak ayam berlari-lari saling berkejaran sesama sendiri merebut cacing sambil dijeling si ibu dari jauh.
Si bapak ayam masing-masing berlaga menunjukkan kehebatan masing-masing. Indah sungguh suasana di hujung kampung itu.
Namun, cerah tidak sampai ke petang. Ntah camne ntah. Sekumpulan ayam-ayam itu dilanda wabak hawa. Wabak hawa ini telah menyebabkan semua ayam-ayam menjadi kemurungan. Tidak mempunyai selera makan dan akhir sekali membawa kepada kematian.

Dari sekor ke sekor mati.
Dari kumpulan yang besar kini menjadi kumpulan yang kecil. Si bapak ayam nan gagah tidak terkecuali dapat penyakit tu.
Begitu juga si ibu ayam yang penuh dengan kasih sayang terhadap anak-anaknya, tewas jua akhirnya. Kini si ibu mati, dan anak-anak ayam yang tidak mengerti bahawa ibunya mati masih bermain-main sesama mereka.
Sehinggalah senja tiba, waktu sepatutnya mereka mendapatkan si ibu. Barulah mereka menyedari bahawa mereka telah kehilangan ibu mereka. Puas mereka mencari-cari si ibu. Teriakan ”cip..cip..cip..” jelas kedengaran sehingga kepenatan. Ke sana ke mari. Tiada hala tuju hendak dituju lagi.
Hilang sudah kasih ibu. Dari hari ke hari anak-anak ayam itu meneruskan kehidupan tanpa kasih ibu.

.::TammaT::.

Ahaks! Nak buh gambir satu ni jer cam tak best le pulak. Jadi ain pun merajin-rajinkan diri untuk buat story dari gambir tu..ekekeke









2 comments:

  1. ate, xde keroje cari keroje le namenye nih..ajernye..hehe

    udoh bace crite ni dulu, tp maleh nk ngomen mase itu..ni bru awok terase nk ngomen..kekeke

    ReplyDelete