Sunday, October 10, 2010

Alhamdulillah


Alhamdulillah, akhirnya nurAIN dapat menceburi dunia DSLR yang telah lamanurAIN idamkan.

Dengan hasil dari duit APC dan duit tabung. nurAIN korbankan untuk memilikinya. Namun ada cerita masa nurAIN nak pilih model dan jenama apa.

Sebelum ini, nurAIN ada search tentang DSLR. Tentang produknya. Ada berapa jenis model. Harga. Dan macam-macam lagilah. Dari hasil search ain tu, kebanyakan blogger memilih jenama Nikon dari Canon dan jenama-jenama lain tak pulak nurAIN dapat jejaki bloggernye.

Setelah banyak ilmu ain cedok tentang produk Nikon ni. Jadi, nurAIN pun bercita-cita nak beli D5000. Lepas tu nurAIN pun try u-sha kedai jual DSLR ni. Dapat jumpa sebuah kedai tu. Harganya pun boleh tahan murahnya. Bila nak beli, tokey tu kata kene booking dahulu. Erm…booking pun booking la. Tak sabar nak sambarnya.

Pada hari yang dijanjikan nak ambil DSLR tu. Tokey kedai buat hal. Katanya stok D5000 tu dia dah jual kat customer dia yang lain. Adoii…nurAIN  berkeras nak juga DSLR tu pada hari tu jugak. Oleh kerana tiada pilihan, tokey tu suggests suruh ambil 500D.

Hari dah semakin lewat. Penat bertekak, nak tak nak. nurAIN pun setuju ambil 500D.
Dan kini akhirnya ain berjaya memiliki 500D. 

Dan ini sedikit tentang ain yang ingin ain kongsikan bersama
nurAIN bukan nama sebenar. Namun, biarlah diri ini dikenali ini sebagai nurAIN atau ain. Seperti mana semua orang tahu, setiap percakapan adalah satu doa. Dan Nur Ain bermaksud “cahaya mata”. Sebenarnya ain telahpun mendirikan rumah tangga, namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Jadi, nurAIN harap setiap sebutan nurAIN ini menjadi doa kepada ain dan Insyallah akan dimakbulkan.  Amin.

nurAIN adalah anak kelahiran Negeri Perak. Dan sekarang menetap di Negeri Kedah. Bekerja di sekolah sebagai Pembantu Tadbir. Suami pula anak jati orang Kedah. Erm, nampak gayanya nurAIN pun kene jadi orang Kedah la nih.

Di blog ini, ain ingin kongsikan hasil-hasil dari gambar yang nurAIN shoot dan lain-lain topic yang nurAIN ingin dikongsikan bersama. Apapun, selamat melawat blog nurKILANain_inilah antara hasil nukilan ku.

Sebelum itu, nurAIN ingan minta izin kepada owner gambar yang nurAIN buat jadi gambar profile nurAIN.